kuih Ang Koo atau Ang Ku Kueh merupakan kuih tradisi kaum tionghua.Rasanya lebih kurang kuih koci cuma dia kurang lemak sebab tak ada santan.
Jom lihat apa bahan bahannya :)
A 250 gm tepung beras pulut
3 sudu makan gula
75 gm keledek yang telah di lenyek halus
1-2 tbsp minyak jagung
2 tbsp tepung ubi
B 150 ml air
pewarna merah dan kuning
minyak jagung secukupnya
daun pisang secukupnya-potong bulat dan sapu dgn minyak jagung
C Inti kacang merah secukupnya
Cara-caranya:
- Masukkan A dalam bekas yang sesuai kemudian masukkan minyak masak dan air .Uli hingga sebati tetapi pastikan adunannya tidak melekat di tangan.Bahagikan kepada dua bahagian.Satu diwarnakan merah dan satu lagi diwarnakan kuning
- Kemudian ambilkan sedikit adunan dan leperkan,letakkan inti di tengah-tengahnya dan tutup dengan rapi agar inti tidak terkeluar.Bulat-bulatkan.
- Letakkan sedikit tepung ubi pada acuan kuih Ang Koo.Masukkan adunan tadi dan tekan-tekan biar padat
- Sapukan sedikit minyak pada daun pisang.Ketukkan acuan keatas daun pisang sehingga adunan tu keluar.
- Kukus kuih Ang Koo selama 5 minit dan buka penutup kukus kemudian kukus lagi hingga masak tapi jangan di tutup supaya corak Kuih Koo nampak cantik.
- bila kuih dah masak sapukan sedikit minyak jagung agar nampak lebih berkilat.
No comments:
Post a Comment